Thursday, May 3

-:: Bingkisan Hati ::-

Insan...
Kehadiran kau tidak diduga...
Hadir tatkala hati ini memerlukan teman...
Lantas hati ini membenarkan dirimu dijadikan teman untuk hati ku...

Tapi...
Dugaan pertama datang menduga.....
Hadirnya insan lain...
Mengatakan engkau milik nya...
Lantas kejujuranmu ku duga...

Demi tidak mahu menghancurkan hati insan wanita lain...
Aku bertindak melepaskan dirimu untuk dirinya...
Kerna aku sedar...
Bahawa orang ketiga selalu dianggap perosak kebahagiaan seseorang...

Lalu aku membuat keputusan setelah berfikir....
Aku sedar aku perlu membawa diriku keluar dari hubungan itu...
Supaya hati insan bergelar wanita itu tidak lagi dilukai...

Setelah aku menyuarakan tekadku...
Engkau enggan melepaskan aku pergi..


##################################

Jika benar ikhlas dia menyintai kamu, sesungguhnya dia tidak patut membahagikan cinta nya kepada wanita lain kecuali cinta kepada ALLAH &IBU BAPA......


GadisSemasa

No comments: