Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu
terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah
sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan
sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup…
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu
menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika kamu menadah air biarlah berpada.
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika
kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu
kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu
berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan
menyesal…
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu.
Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia
menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
GadisSemasa