Sunday, December 30

Tentang Seseorang?

 
 
Seseorang yang ceria tidak semestinya menunjukkan bahawa dirinya sememangnya
bahagia & bergembira....
Tetapi sebenarnya tersirat seribu kesunyian dan kedukaan....
Ada insan yang pada ketikanya berada bersama rakan-rakan yang disenangi,
menjadi seorang yang sangat ceria dan banyak berceloteh....
 
Tapi adakah kita sedar bahawasanya insan itu seseorang yang sangat pendiam ketika berada bersama keluarganya?
Ketika bersama rakan-rakannya, insan itu menganggap sekiranya dirinya ceria
dan banyak berkata-kata....
Ia akan dapat membantu menghilangkan stress dan tekanan yang berda dalam diri....
Mungkin dengan cara itu, ia dapat membawa dirinya untuk rasa bahagia & bergembira...
 
Tidak usah menilai seseorang hanya dari luaran sahaja....
Kerana luaran itu tidak dapat menggambarkan sifat dalaman seseorang itu sepenuhnya...
Dalam mengenali seseorang insan, usahlah terlalu menilai sifat luaran dari sifat dalamannya...
Kenali kedua-dua sifat itu dengan seadil-adilnya...
Supaya kita tidak tersalah tafsir tentang keperibadian seseorang insan itu....
 
 
GadisSemasa