Saturday, June 2

-:: Percaya Pada Diri ::-


Setiap insan ada kisah silam tersendiri...
Ada kisah suka...
Ada kisah duka...
Terpulang pada diri kita sendiri,
untuk menilai & menghargai kisah itu.....

Andai kita fikir
kita adalah insan yang paling malang....
Ingatlah bahawa ada insan lain
yang lebih malang dari kita....

Andai kita fikir
kita adalah insan yang serba kekurangan....
Ingatlah bahawa ada insan lain
yang lebih kekurangan dari kita....

Oleh itu...
Kita perlu menghargai & bersyukur
dengan apa yang kita sedia ada sekarang....

Jangan diibaratkan seperti pepatah Melayu...
Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran....

Apa yang harus kita lakukan...
Teruskan hidup dengan semangat yang baru...
Percaya pada diri yang kita boleh melakukannya...

Jangan sesekali patah semangat....
Jangan jatuh andai diri diduga dengan sangat hebat...

Jangan sesekali menghina insan yang serba kekurangan dari kita...
Seharusnya kita menerima insan tersebut dengan hati yang terbuka....
Kerna setiap insan itu ada kelebihan & kekurangan nya...




GadisSemasa



-:: Di kala malam sunyi ::-


di kala malam sunyi nie la...
macam2 benda terlintas dalam fikiran nie...
bile otak sdah penat berfikir...
bila badan sdah letih bgerak...

antaranya :
nak makan makanan yang sedap2..
nak g berehat kat spa...
(sebab ad orang tolong urut2 kan badan yang letih nie)
nak g lepak tepi pantai yang tenang...
(extra pakej klau dapat mandi pantai skali...hik3..=p)

tapi kan...
lebih syok klau ad insan yang baik hati...
belanja saya tengok wayang...
cite SNOW WHITE & HUNTMAN...
huhuhu...

itu jer nk ckp...
nk sambung study blk...
kang lg merepek jadi nya malam2 nie...


GadisSemasa