Monday, December 31

Luahan Lagi

 
Meluahkan perasaan melalui penulisan lebih tenang
daripada meluahkan perasaan melalui percakapan...
 
Lebih indah menyusun kata-kata di dalam ayat
daripada memikirkan perkataan untuk dibicarakan melalui bibir...
 
Lebih menarik menconteng kertas putih kosong
daripada mencari insan untuk berkongsi cerita suka duka.....
 
Lebih indah lagi mengambil wudhuk lalu membaca kitab Al-Quran...
Dari duduk termenung memikirkan permasalahan...
 
 
GadisSemasa

 

Perasaan?

 
Hidup senantiasa diduga...
Itu lumrah dunia...
Samada kita kuat untuk menempuhinya atau tidak...
 
Seperti juga dengan perasaan...
Sekejap kita rasa berduka...
Sebentar kemudian kita rasa sangat gembira...
Sayu, rindu, sayang, benci, duka...
Tidak dapat diungkap melalui kata-kata....
 
Semua yang berlaku adalah rencah kehidupan...
Sama ertinya dengan putaran roda kehidupan...
Sekejap kita di atas...
Kemudian kita pula kembali ke bawah...
 
Setiap perbuatan kita tidak dapat menyenangkan hati semua pihak...
Sekurang-kurangnya kita boleh membuat sesuatu yang dapat memberikan kesan positif...
walaupun kesan itu mengambil masa yang lama...
 
 
 
GadisSemasa
 
 

Sunday, December 30

Tentang Seseorang?

 
 
Seseorang yang ceria tidak semestinya menunjukkan bahawa dirinya sememangnya
bahagia & bergembira....
Tetapi sebenarnya tersirat seribu kesunyian dan kedukaan....
Ada insan yang pada ketikanya berada bersama rakan-rakan yang disenangi,
menjadi seorang yang sangat ceria dan banyak berceloteh....
 
Tapi adakah kita sedar bahawasanya insan itu seseorang yang sangat pendiam ketika berada bersama keluarganya?
Ketika bersama rakan-rakannya, insan itu menganggap sekiranya dirinya ceria
dan banyak berkata-kata....
Ia akan dapat membantu menghilangkan stress dan tekanan yang berda dalam diri....
Mungkin dengan cara itu, ia dapat membawa dirinya untuk rasa bahagia & bergembira...
 
Tidak usah menilai seseorang hanya dari luaran sahaja....
Kerana luaran itu tidak dapat menggambarkan sifat dalaman seseorang itu sepenuhnya...
Dalam mengenali seseorang insan, usahlah terlalu menilai sifat luaran dari sifat dalamannya...
Kenali kedua-dua sifat itu dengan seadil-adilnya...
Supaya kita tidak tersalah tafsir tentang keperibadian seseorang insan itu....
 
 
GadisSemasa
 


Wednesday, December 26

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


 Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalk...an beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya
 
 ####################################
 
p/s : Ini sebagai info kepada kita semua taw...Even sy xkahwin lg, sy suka dgr petua2 atau info2 yg bguna dari org2 yg lebih berpengalaman...As long as logik diterima akal & untuk dipraktikkan...selamat beramal & renung2kan...=)
 
 
GadisSemasa

Tuesday, December 11

SELFISH? Perlu ke rs SELFISH?

 
Maafla klau kata2 yg bakal dizahirkan ini
mguris perasaan sesiapa yg membaca...
 
SELFISH
aka
PENTINGKAN DIRI
 
yup...
itu yg akan aku tekankan disini...
seharusnya ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara,
harus diluahkan terus terhadap insan yg berkaitan..
tetapi seandainya luahan itu diibaratkan
seperti mencurah air ke daun keladi...
masalah ini takkan selesai sehingga ke akhirnya....
 
Jadi tidak salahkan untuk meminjamkan
telinga anda untuk seketika....
bagi mendengar & memahami
pendapat yg cuba disampaikan oleh sahabat handai...
Rasanya tidak salah untuk mendengar sesuatu teguran
andai ia dapat memberikan satu kesan positif dalam diri kita...
 
mereka menegur tanda diri kita sebahagian dari kehidupan mereka...
andai kita jatuh, maka jatuhlah mereka....
teguran mereka tidak menandakan
mereka ingin menjatuhkan diri kita....
malah mereka inginkan diri kita bangkit
supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain
yg sewenang-wenangnya mengutuk diri kita...
 
andai teguran-teguran ini
tidak lagi mendapat tempat dalam diri kita
untuk mengubah sesuatu perkara menjadi yang lebih baik...
atau dalam bahasa yg mudah...
kita masih mahukan diri kita ditakuk lama
tanpa sebuah kemajuan untuk membangunkan diri sendiri...
tidak hairanlah sahabat handai kita berubah menjadi lebih mementingkan diri mereka....
tidak ambil kisah dengan pegangan kita yg masih mahukan takuk lama...
 
fikir-fikirkan...
=)
 
 
p/s : teguran untuk diri sendiri juga yg terlalu alpa kadangkala tanpa memikirkan hal sekeliling. semoga kita semua senantiasa dalam rahmat-Nya & diberkati...=)
 
 
 
GadisSemasa
 

 


Sunday, November 25

Rainbow Cake

 
Assalamualaikum...
Dari pagi tadi...
Sebenarnya...
Sy nak sangat mkan kek!!!
huhuhu
 
Teringat waktu cuti sem hari tu...
dapat mkn kek dgn my sis...
waktu ktorg tgh cari barang dkt giant banting...
 
# rainbow cake in jar #
 
sedap sangat!!!!!!!
tak menyesal beli...=)
 
so, kena cari gak kek nie kt sini...
huhuhu...
dah survey dah...
nnt ada masa nk kne cuba gak...
wish me luck...
=)
 
###############################################
 
nie masa kazen saya kawen masa cuti sem aritu...
my sis dgn sy pose dpn khemah...
konon2 nk sambut tetamu yg dtg...
hihihi
( plez ignore sy yg makin chubby...
cuti lama sgt...
kerjanya asyik mkan je...)
 

 
GadisSemasa
 



Wednesday, November 21

Berbicara secara lisan?

 
Diri ini mungkin tidak banyak berbicara secara lisan..
Kerna itu mungkin boleh mengguriskan
 hati insan yang mendengar....
 
Adakalanya berbicara secara lisan
dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan...
Tetapi tidak semua perkara semudah yang disangka....
 
Lebih senang berdiam diri..
Dari mengeruhkan keadaan....
Kerna adakalanya berdiam diri itu lebih baik dari
melarikan diri dari masalah....
 
 
GadisSemasa


Tuesday, November 13

Masa Lampau

 
Saya rindukan masa lalu...
Kenangan suka & duka....
Kenangan yang memberi 1001 erti dalam
mengajar erti kehidupan
yang terlalu banyak onak & durinya...
 
Bukan bermaksud diri ini menginginkan kemunduran masa...
Cuma ingin kenangan lalu masih tetap berada disisi...
Untuk tatapan waktu resah gelisah...
Bukan untuk mengungkit...
Tapi untuk rasa dihargai & disayangi...
 
 
GadisSemasa



Thursday, November 1

ALHAMDULILLAH...new life...=)

 
Assalamualaikum..
Alhamdulillah...
Saya masih bernafas hingga ke hari ini...
Syukur...=)
 
Terima kasih mama & baba sebab izinkan saya lahir ke dunia ini...
Terima kasih atas ingatan keluarga yang menyayangi...
Terima kasih kepada sahabat yang masih mengingati tarikh keramat diri ini...
Terima kasih atas segala doa-doa yang kalian titipkan untuk saya.....
 Walaupun kalian JAUH,
tetapi kalian tetap DEKAT di hati...
=)

#################################################
 
 
wish pertama dari mama saya...=)
 
p/s : mama saya sgt comel sbb fikir anak dia sgt MUDA...=p
(jangan jeles!)
 
 
 
hadiah pertama yg sy dpt....=)
 
 
##########################################
 
 
 
untuk sayang-sayang saya...
=)
 
 
GadisSemasa
 


Friday, October 19

Hati Diduga?

 
Adakah perkara itu terjadi kembali?
Setelah kian lama berdiam...
Kini telah timbul kembali...
 
Duhai hati...
Tabahlah andai ini dugaan yang Esa buatmu...
Kumpulkan kembali kekuatan agar dikau kental...
Jangan biarkan dirimu ditindas untuk ke sekian kalinya...
 
Kuatkan hatimu..
Kentalkan jiwamu...
Berdoa agar ada hikmah disebalik dugaan Allah ini...
Semoga segala-galanya dipermudahkan oleh-Nya...
Amin
 
 
 
 
 # Soal hati memang sukar untuk diceritakan...Hanya kiasan yang dapat diluahkan..Andai ingin mengetahuinya, rungkailah maksud tersurat & tersirat....Soal hati tidak dapat dizahirkan dengan bicara...Hanya masa yang akan menentukan segalanya...
 

 
GadisSemasa
 

 
 


Monday, October 15

Berminat dgn aksesori korea??

 
Assalamualaikum...
Anda berminat dgn aksesori korea??
Ingin menambah koleksi aksesori anda??
 
Sy ad penyelesaiannya...
hehehe...
 
Untuk semua pembaca...
Sy kini ad menjual aksesori Korea...
( KOrea sgt taw! haha )
 
Ad rantai labuh...
Cincin corak leopard...
Gelang charm bracelet...


 
Maklumat lanjut : Sila lawati fb sy Mira Syahirah...
 
 
Harga???
 
Tak MAHAL pun...
 
RM10 je setiap satu...
 
murah kn???
 
paling mahal pun RM15...
 
klau nk suh sy pos pun bleh...
 
kne tambah RM5 je...
 
selamat mencuci mata...=)


Monday, October 8

Hati

 
Hati...
Sentiasa merasakan sesuatu yg gundah gulana...
Memikirkan banyak perkara yg boleh menggugat jiwa raga...
 
Mimpi...
Memberi 1001 petanda sama ada main tidur..
Ataupun perasaan yg paling ditakuti...
 
Insan...
Adakah dikau sedar bahawa aku merasakan sesuatu yg tidak kena?
Ataupun dikau hanya berasa perasaan aku itu hanya gurauan semata2?
 
GadisSemasa
 

Sunday, October 7

Oktober Datang Lagi

 
Assalamualaikum
 
Tidak disangka oktober kini kembali
rasanya seperti dalam bulan september lagi
 
errr...
maaf sy merapu~~
 
sekejap je waktu berputar...
skang nie relaks2 la ckit...
pasnie nnt akn sibuk dengan PD aka Plant Design,
PSM 2 aka Projek Sarjana Muda 2 (kira fyp ye...),
subjek2 laen cm FM aka Fluid Mechanics,
APC aka Advanced Process Control,
EE aka Environmental Engineering...
 
nk story tu je
next time sambung laen
~~~~~
 
#####################################
 
 
terima kasih sbb bagi kenangan terindah <3 br="br">
 
rs happy sgt sbb kebetulan kotak yg bru beli sama dgn kotak hadiah yg dpt..
 
GadisSemasa




Friday, September 28

Saya Rindu......

 
Assalamualaikum...
wahh....
lama xonline gitu...
hehehe...
standardla busy awal2 sem nie kan...
 
anyway skang nie dah masuk minggu ke 3 sem baru...
bersamaan juga dgn 3 minggu meninggalkan alam kerja...
haha
alam praktikal sbenar nya...
 
memang sy rindukan alam praktikal sy itu...
sy rindu nk cuci flask...
sy rindu nk kutuk bau2 compost tu...
sy rindu nk gosip2 dgn k.jana...
sy rindu kt tmpt sy slal0o online ok!!!
 
huhuhu
nnt klau ad rezeki,
sy dtg blk kt sna ye...
 
##########################################
 
 
 saat pertama mendaftarkn diri sebagai praktikal student
  
 
~~comel + comot~~
 
 
dak2 umah yg sempoi~~
 
 
last night with them
 
 
 
last but not least 
mereka yang pernah bekerja sama dengan sy....
 
 ################################################
 
p/s : nseb baek staff lab praktikal sy dlu xtaw sy ad blog...klau diorg taw, malu sy...hihihi....=p
 

 
GadisSemasa
 
 


Thursday, September 13

....

 
 
Hati...
Adakah kau bersedia menghadapi dugaan-Nya?
Atau adakah engkau sudah redha dengan takdir-Nya?
Sesungguhnya aku tidak kuat jika engkau terluka kembali wahai hati....
 
 


Monday, August 13

+ P.E.R.I.N.G.AT.A.N +



Assalamualaikum..
Hari nie telah berlaku sesuatu d tempat kerja sy....
Selalunya peristiwa ini sy hanya baca
di surat khabar ataupun media cetak yg ad...
Tetapi kali ini,
ianya berlaku didepan mata sy sendiri...

Peristiwa tersebut,
sy taknak ceritakan secara lanjut...
cuma ingin memperkata tentang
 langkah2 yg perlu dititikberatkan terlebih dahulu...

Andai ingin berkawan,
berkawanla dengan seadanya...
Andai ingin berkasih,
berkasihla dengan seadanya...

Lain insan, lain ragamnya...
Lain bangsanya, lain perangainya....
Warna kulit tidak melambangkan apa2...

Andai anda tidak dapat diterima
didalam sesebuah kelompok manusia,
Ikhlaskan hati & jujurlah
supaya insan lain akan terbuka hati menerima anda seadanya...

Manusia mempunyai warna rambut yg hampir serupa...
Tetapi hatinya berbeza setiap insan....
Jangan menilai seseorang hanya dari sudut fizikalnya sahaja...
Kerna dalamannya belum tentu seindah yg dibayangkan....

Jangan mudah menghukum orang lain dengan tindakan melulu...
kelak nanti, diri sendiri yg akan binasa...
Fikir secara waras...
Setiap permasalahan yg berlaku,
pasti ada jalan penyelesaiannya...

Setiap ragu-ragu yg  ada,
boleh diperbincangkan kata dengan cara yg baik...
bukan dengan cara perbincangan fizikal
yg membawa kesan negatif akhir nya....


###########################################

notakaki : setiap perbuatan kita sentiasa diketahui oleh-Nya...baik buruk sesuatu perkara, boleh dibawa berbincang dengan elok tanpa memberi impak negatif ke atas insan lain...


GadisSemasa



Friday, August 3

+Cerita Tentang LI+


Assalamualaikum..
wahhhh
lamanya sy tak update blog nie...
hik3...
membawa diri yang lara ke pulau yang terpencil gitu...
hahaha..
saya menghilang untuk menjalani LI...

Alhamdulillah..
rezeki sy..
mendapat tempat LI yg kira bdekatan dgn rumah sy...
iaitu di SIME DARBY RESEARCH SDN BHD...
ada la dalam setengah jam dari rumah..
tapi sy duduk dekat rumah quarters yang company sediakan..
so, takde la jauh nnk berulang...
hi3...

apa yang sy wt kt sini???
agak lari sikit dari bidang yg sy belajar skang..
sy dtempatkan di makmal tumbuhan..
atau dipanggil PLANT LAB....

time awal2 tu,
sy kena tolong staff2 kt sini menyediakan
sample daun yg diterima supaya dapat dianalisis...

tapi sekejap je dengan diorg..
sebab nya sy dapat projek apabila
team COMPOST ditukarkan masuk dalam lab nie...

setakat nie dulu la ye cerita sy...
akan datang sy tunjukkan gamba skali...


########################

PLANT = daun pokok kelapa sawit, daun teh, padi, daun pokok jambu batu merah, pelepah kelapa sawit (rachis)
COMPOST = tandan buah kelapa sawit yang telah terurai


p/s : skang nie duduk rehat2 je...hik3...dalam lab pun, on9 memanjang...hahaha...


GadisSemasa





Saturday, June 30

+kaca yang berderai+


kepercayaan ibarat KACA...
sekali is terhempas...
memang susah untuk disatukan kembali...
maaf andai hati ini tekad untuk melepaskan...
hanya itu yang mampu ku katakan...
banyak sudah peluang yang diberi untuk membuktikan hal sebenar...
jika itu yang kau mahu,
aku sedia untuk menarik diri
untuk memberi kau ruang yang memang engkau terlalu inginkan...

Tuesday, June 26

Luahan rasa


Adakah ini benar pilihan ku?
Adakah memang ini jalan yang menjadi pilihan?
Setelah sekian lama..
Kisah itu masih menghantui diri ini...

Apakah aku harus memilih jalan yang lain?
Bertindak untuk melepaskan diri dari
cengkaman kisah yang takkan sudah................

Tuesday, June 12

Hari-hari terakhir???
Apakah itu?
Apa yang sudah berakhir??

=)

Dengan ini,
saya mengisytiharkan...
bahawasanya....
saya telah tamat pengajian bagi tahun ke3
jurusan Kejuruteraan Kimia...
bagi sesi 2011/2012...

hihihihi...
wat suspen je kan...
=p

hihihi...
tapi tak bermakna saya bercuti bg 3bulan ini...
sebab nya....
kami semua kena menjalankan latihan industri
a.k.a praktikal la...

huhu..
takutnya la nk masuk
 alam pekerjaan sementara nie.....
mudah-mudahan saya & kawan2
dapat menjalankan tugas dengan jaya nya....

gudluck kwn2!!


GadisSemasa

Monday, June 4

-:: Pencuci Muka ::-

Assalamualaikum...
Hari nie sy nk share ckit tentang
pencuci muka yang sy tengah gunakan sekarang...

Pada bulan mac yg lalu,
sy di dalam dilema untuk menentukan
pencuci muka jenis ape untuk dipakai...

Sebab ketika tu,
muka sy banyak parut jerawat...
dan ada ketika nya,
jerawat berebut2 tumbuh di muka...
=p

Antara pencuci muka yang ada dalam senarai sy
ketika itu ialah Sendayu Tinggi & Cosmoderm....

Pada awal bulan april lepas,
Setelah membuat sedikit kajian tentang setiap produk... 
sy telah decide untuk mgunakan produk cosmoderm nie....


yg nie sy bli full set of tea tree oil...
bli online je...
murah sebab ada diskaun...
siap ad free gift ubat jerawat lagi...
tapi lupa lak nk amik gamba...
hihihi...

TETAPI...

Setelah sy menggunakan produk ini selama seminggu...
sy telah didatangi oleh seorang akak nie...
nama dia kak maisarah resdung...

Dia telah menjalankan ujian ke atas muka saya,
untuk menentukan sy nie ada resdung jnis ape...
tapi lupa lak sy jnis ape...
hik3..
ampun...


so,
sy pun guna je la produk akak nie...
dia suggest untuk 2 minggu pertama je guna...
untuk comparekan sebelum & selepas...
tapi sy guna je produk akak nies ampai abes ...
bru jumaat lepas sy guna balik produk cosmoderm tu...

ALHAMDULILLAH...
sejak menggunakan kedua-dua jenis produk...
muka sy dah ada sedikit perubahan...
muka dah kurang berminyak...
even pakai make up pun...
xde la nampak berminyak sangat time berpeluh2...
jerawat pun dah kurang...
klau ad pun,
jerawat yang halus2 je...
jerawat manja2 gtu...
=p

tentang parut2 jerawat lak,
syukur dah berkurangan...
dah la time sebelum guna produk nie,
sy kne jerawat kt bawah dagu..
mang banyak sgt...

ALHAMDULILLAH...
lepas guna produk nie,
dengan izin ALLAH,
dah bkurangan dah...

so,
sampai cnie je la sy share dlu tentang pencuci muka nie eh..
sorry sebab sy xde gamba nk disharekan...
sebab sy nie pemalu..
hihihi...
xde la..
nanti klau ad gamba yg sesuai,
sy akan sharekan pada kawan2 semua yer~~~

##################################

Gudluck untuk semua yang akan menghadapi final exam
 & yang sedang menghadapi nya sekarang...
Saya ad dua killer paper esok...
bye2!!!
=)

GadisSemasa



Saturday, June 2

-:: Percaya Pada Diri ::-


Setiap insan ada kisah silam tersendiri...
Ada kisah suka...
Ada kisah duka...
Terpulang pada diri kita sendiri,
untuk menilai & menghargai kisah itu.....

Andai kita fikir
kita adalah insan yang paling malang....
Ingatlah bahawa ada insan lain
yang lebih malang dari kita....

Andai kita fikir
kita adalah insan yang serba kekurangan....
Ingatlah bahawa ada insan lain
yang lebih kekurangan dari kita....

Oleh itu...
Kita perlu menghargai & bersyukur
dengan apa yang kita sedia ada sekarang....

Jangan diibaratkan seperti pepatah Melayu...
Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran....

Apa yang harus kita lakukan...
Teruskan hidup dengan semangat yang baru...
Percaya pada diri yang kita boleh melakukannya...

Jangan sesekali patah semangat....
Jangan jatuh andai diri diduga dengan sangat hebat...

Jangan sesekali menghina insan yang serba kekurangan dari kita...
Seharusnya kita menerima insan tersebut dengan hati yang terbuka....
Kerna setiap insan itu ada kelebihan & kekurangan nya...




GadisSemasa



-:: Di kala malam sunyi ::-


di kala malam sunyi nie la...
macam2 benda terlintas dalam fikiran nie...
bile otak sdah penat berfikir...
bila badan sdah letih bgerak...

antaranya :
nak makan makanan yang sedap2..
nak g berehat kat spa...
(sebab ad orang tolong urut2 kan badan yang letih nie)
nak g lepak tepi pantai yang tenang...
(extra pakej klau dapat mandi pantai skali...hik3..=p)

tapi kan...
lebih syok klau ad insan yang baik hati...
belanja saya tengok wayang...
cite SNOW WHITE & HUNTMAN...
huhuhu...

itu jer nk ckp...
nk sambung study blk...
kang lg merepek jadi nya malam2 nie...


GadisSemasa



Monday, May 28

-:: Study Week...Tapi Study Ke ::-


Assalamualaikum...
Harap semua sihat2 la yer...
=)

arinie secara rasmi nye telah bermula STUDY WEEK...
apakah itu STUDY WEEK??
minggu bg student2 mengulangkaji pelajaran
sebelum mereka menempuh
peperiksaan akhir pada minggu berikutnya..

tapi...
saya xde pun study sangat nye...
hik3...
ampun!!!!!

sebab nya die konfem akan jadi macam nie...


hik3...
minggu nie kira relaks2 sikit la..
sebab 2minggu sebelum nie memang
sangat2 PACK!!!!!
dengan test stiap hari...
interview project lg...
presentation lg...

tapi..
ALHAMDULILLAH...
semua dah bjalan dengan lancar...
so..
tinggal untuk study je...

nie pulak tarikh2 penting saya~~~


nie slip exam saya...

saya doakan pada semua yg tengah mhadapi final exam
& akan mhadapinya tak lama lagi...
semoga anda dapat menjawab dengan tenang...
gud luck everybody!!!

############################################


pic xde motif...
maaf yer kwn2...=p

GadisSemasa



Friday, May 18

-:: Sudah Cukup Sudah ::-


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja




Lagu yang amat-amat bererti dalam hidup....

GadisSemasa


Friday, May 4

-:: ................ ::-

##########################################

Setiapkali saya melontarkan pelbagai soalan...
Awak sering memberi jawapan yang awak jujur dengan saya....
Tapi kenapa setiap kali saya bertanya berkaitan dengan hal itu...
Awak sering mengelak....
Mengapa Awak bertindak begitu?
Apakah awak sudah bosan menjawab pertanyaan saya?
Adakah saya selalu mengungkit perkara yang tidak wujud?
Ataupun............................
.........................................................................

##########################################


GadisSemasa

Thursday, May 3

-:: Pandangan Insan ::-


#####################################
Makin lama kita kenal seseorang itu...
Makin banyaklah dugaannya...
Makin bertambahlah kenangan bersama dia...
dan Makin susahlah kita untuk melepaskannya...
apatahlagi untuk melupakannya.....

####################################
Adakah ia memang benar-benar terjadi.....
Atau sekadar pandangan....

Setiap insan mempunyai pandangan yang berbeza...
Apa-apa pun terpulang pada diri kita
 untuk menerimanya.........



GadisSemasa


-:: Bingkisan Hati ::-

Insan...
Kehadiran kau tidak diduga...
Hadir tatkala hati ini memerlukan teman...
Lantas hati ini membenarkan dirimu dijadikan teman untuk hati ku...

Tapi...
Dugaan pertama datang menduga.....
Hadirnya insan lain...
Mengatakan engkau milik nya...
Lantas kejujuranmu ku duga...

Demi tidak mahu menghancurkan hati insan wanita lain...
Aku bertindak melepaskan dirimu untuk dirinya...
Kerna aku sedar...
Bahawa orang ketiga selalu dianggap perosak kebahagiaan seseorang...

Lalu aku membuat keputusan setelah berfikir....
Aku sedar aku perlu membawa diriku keluar dari hubungan itu...
Supaya hati insan bergelar wanita itu tidak lagi dilukai...

Setelah aku menyuarakan tekadku...
Engkau enggan melepaskan aku pergi..


##################################

Jika benar ikhlas dia menyintai kamu, sesungguhnya dia tidak patut membahagikan cinta nya kepada wanita lain kecuali cinta kepada ALLAH &IBU BAPA......


GadisSemasa

Sunday, April 29

+ Kenangan +

assalamualaikum...
dah lama dah tak update blog nie....
bersemak sangat dah tengok...
baby...nanti i kemas u elok2 eh...
cian dia~~~

orait....
back to the real story~~~

~~KENANGAN~~
apa itu kenangan??
suatu pengalaman yang dapat dikenang...
sama ada pengalaman manis atau pun pahit...
kira lebih kurangla maksud dia kn~~~

arinie taknak rasa sedih2...
cuma terfikir sejenak je...
rasa macam sekejap je masa berlalu...
tahu2 blog nie je dah berusia lebih dari 2 tahun...


belog nie dah wujud dari lepas habis matrik,
sebelum menjejakkan kaki ke tanah UMP....

sekarang nie dah nak abes tahun 3 dah...
jap je masa berlalu...
berbagai jenis kenangan yang dapat
sepanjang berada d tanah UMP nie...
suka, duka, tawa, riang...
urrmmmm...

i will miss all of you my dear friends....
kenangan nie mang takkan dapat dilupa sampai bila2...

##############################################

thanx pada yang memahami keadaan diri...
ketika diri dilanda ombak badai....
ketika diri diduga dengan dugaan-Nya...
sebagai tanda ALLAH tetap sayang akan hamba nya...
semoga doa kalian dapat menguatkan diri ini
supaya terus dapat menongkah arus yang tidak diduga ini...




GadisSemasa...


Tuesday, April 3

+Hangout Perabih Baucar Buku+

assalamualaikum..
apa khabar suma?
sihat x?
maafla dah lama xhapdate blog nie...
slal0o sgt bsawang...
=p

entry kali nie..
time kami hangout b4 cuti midsem aritu...
motif hangout yang utama :
mhabiskan BAUCAR BUKU..
yela..
last utk guna baucar tu 31mac...
(dah abes gne bru announce yg bley gne
smpi 31apr... huhuhu)

ptg tu ktorg kuar mang utk membeli belah saja...
include la beli brg keperluan harian sume..
sebab mlm ktorg nk meng''enjoy"kan diri sblm
stress menghadap test yg berduyun2...
(alasan semata...=p)

so,
nie la hasil ktorg kuar aritu...
=)


muke teruje dpt kuar...
=)


ad org ceria je ble dpt jumpa fruit heart....
=p


cian...dah nk kne blk matrik dah dak kcik sorang nie...
nnt kte kuar lg eh....


muke lesu je lepas anta dak kcik sorang tu blk...
=p


lapar sgt la tu smpi tak tgk kiri kanan...
hikhikhik...=p

 

our waitress...=p



Last but not least...=p


GadisSemasa


 

Saturday, March 3

+ Mata Empat +


salam...
lama jenguk blog nie..
huhuhu...
keMALASan telah berada d tahap DEWA...
hik3
sampai jd hutan belukar gamak nye...
=p

ape cer dgn MATA EMPAT nie ye???
haaaaaa

saye mule bmata empat nie ketika FORM 1...
& saye 1st yg pki spec dlm adk beradik...
huhuhu
*nmpk nor xmjaga kesihatan mata sdiri...=(

first2 pki spec nie,
xpandai lg nk pesyen2...
nk plih yg cun2 nye spec...
bdak SKEMA la konon nye...
=p
(perasaan jap yer!!!)


SKEMA giler an!!!
hahaha
bulat giler muke saye kalo pki spec nie...
sbb die pun bentuk Bo0Lat...
=p

saye pun pki la spec yg b0olat 
selama saye berada d alam skola menengah...
kire sesuai la ngan pwatakn GADIS SKOLA yg SKEMA...
# Sile muntah jika mahu...=p

then bile saye dpt offer bljr d matrik,
utk pengajian 2taon @ PDT...
saye telah merequest pd pn MAMA 
yg saye mahukn spec baru...
*mengade jap...
=p
tp en BABA jd belikn...=)


nmpk style ckit an...
wane COKLAT...
i LOIKE!!!
nmpk cm matang ckit r...
hik3...=p

agk lama spec C0kLat bkhidmat dgn saye,
saye pun bhasrat utk mengecek power mata 
yg da bkurun xcek..
adkah bkureng @ b+++???
huhuhu
suspen2...

akhir nye pd 2ari sblm saye kbali ke 
tmpt menuntut ilmu yg laen 
iaitu UMP tcinte nie~~~
saye decide tok cek la power mata...

stlh selesai cek mata d kdai spec mata,
ah moi : " u maw itu design ape??"
saye : "hah, ape pasal moi??"
ah moi : " u punya mata ha, suda tinggi power lorh...itu spec kne tuka jga"
saye : " aiyak!! kne tuka ka??"

huhu...
dgn mase yg suntuk itu,
saye decide jga wt spec mata bru...
kerna mata suda teruk power silau...
sian mata ku~~~

so, nie la boyfrend saye yg latest~~~


tanpa mu,
ak tidak dpt melihat...
huhuhu...
awk telah bjasa pd saye skang~~~


p/s : utk spec akn dtg, teringin pki yg bingkai tetebal tuh...rs cm oldskul ckit2...tp takot kembang sgt bile pki dgn tudung...hik3...saye agk memilih utk pastikan ketika pki spec, tudung saye xkembang kt tepi...=p


GadisSemasa

Saturday, February 4

+ Header Blog Yg Baru +


assalamualaikum...
hope u all sihat2 la yer...
sesaje jer update blog...
sbb nyer saye try wt HEADER BLOG sdiri...
hehehehe



tp bese2 jer la...
1st trial wt kn...
pasnie nk wt yg lg elok dr yg nie...

# sorry la header cm bebudak ckit...
xsedar diri da meningkat usia...

hahahahaha
so,
pd anda yg juga mahu mbuat header anda sdiri..
anda buley melihat tutor di blog si GadisNotaPelekat...

atau pun anda buleh klik DISINI...

selamat mencuba!!!!

nota kaki : tgl lg seminggu je nk meronggeng kt umah nie...nk bmanja2 bagai..huhuhu...buleh xrequest nk bljr dr umah jer???xmo blk UMP...hikhikhikhik...=p


GadisSemasa

Thursday, February 2

+TenTanG CiNTa +






Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


 GadisSemasa