Saturday, June 2

-:: Percaya Pada Diri ::-


Setiap insan ada kisah silam tersendiri...
Ada kisah suka...
Ada kisah duka...
Terpulang pada diri kita sendiri,
untuk menilai & menghargai kisah itu.....

Andai kita fikir
kita adalah insan yang paling malang....
Ingatlah bahawa ada insan lain
yang lebih malang dari kita....

Andai kita fikir
kita adalah insan yang serba kekurangan....
Ingatlah bahawa ada insan lain
yang lebih kekurangan dari kita....

Oleh itu...
Kita perlu menghargai & bersyukur
dengan apa yang kita sedia ada sekarang....

Jangan diibaratkan seperti pepatah Melayu...
Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran....

Apa yang harus kita lakukan...
Teruskan hidup dengan semangat yang baru...
Percaya pada diri yang kita boleh melakukannya...

Jangan sesekali patah semangat....
Jangan jatuh andai diri diduga dengan sangat hebat...

Jangan sesekali menghina insan yang serba kekurangan dari kita...
Seharusnya kita menerima insan tersebut dengan hati yang terbuka....
Kerna setiap insan itu ada kelebihan & kekurangan nya...




GadisSemasa



1 comment:

Unknown said...

Yang silam kita tinggalkan,
Yang mendatang kita perbaikikan.
Supaya hidup terus bermakna,
Agar menjadi insan yang berjaya!

Hehe.

p/s: Salam perkenalan dari Abey.

- http://inibelogabey.blogspot.com/