Monday, December 31

Luahan Lagi

 
Meluahkan perasaan melalui penulisan lebih tenang
daripada meluahkan perasaan melalui percakapan...
 
Lebih indah menyusun kata-kata di dalam ayat
daripada memikirkan perkataan untuk dibicarakan melalui bibir...
 
Lebih menarik menconteng kertas putih kosong
daripada mencari insan untuk berkongsi cerita suka duka.....
 
Lebih indah lagi mengambil wudhuk lalu membaca kitab Al-Quran...
Dari duduk termenung memikirkan permasalahan...
 
 
GadisSemasa

 

Perasaan?

 
Hidup senantiasa diduga...
Itu lumrah dunia...
Samada kita kuat untuk menempuhinya atau tidak...
 
Seperti juga dengan perasaan...
Sekejap kita rasa berduka...
Sebentar kemudian kita rasa sangat gembira...
Sayu, rindu, sayang, benci, duka...
Tidak dapat diungkap melalui kata-kata....
 
Semua yang berlaku adalah rencah kehidupan...
Sama ertinya dengan putaran roda kehidupan...
Sekejap kita di atas...
Kemudian kita pula kembali ke bawah...
 
Setiap perbuatan kita tidak dapat menyenangkan hati semua pihak...
Sekurang-kurangnya kita boleh membuat sesuatu yang dapat memberikan kesan positif...
walaupun kesan itu mengambil masa yang lama...
 
 
 
GadisSemasa
 
 

Sunday, December 30

Tentang Seseorang?

 
 
Seseorang yang ceria tidak semestinya menunjukkan bahawa dirinya sememangnya
bahagia & bergembira....
Tetapi sebenarnya tersirat seribu kesunyian dan kedukaan....
Ada insan yang pada ketikanya berada bersama rakan-rakan yang disenangi,
menjadi seorang yang sangat ceria dan banyak berceloteh....
 
Tapi adakah kita sedar bahawasanya insan itu seseorang yang sangat pendiam ketika berada bersama keluarganya?
Ketika bersama rakan-rakannya, insan itu menganggap sekiranya dirinya ceria
dan banyak berkata-kata....
Ia akan dapat membantu menghilangkan stress dan tekanan yang berda dalam diri....
Mungkin dengan cara itu, ia dapat membawa dirinya untuk rasa bahagia & bergembira...
 
Tidak usah menilai seseorang hanya dari luaran sahaja....
Kerana luaran itu tidak dapat menggambarkan sifat dalaman seseorang itu sepenuhnya...
Dalam mengenali seseorang insan, usahlah terlalu menilai sifat luaran dari sifat dalamannya...
Kenali kedua-dua sifat itu dengan seadil-adilnya...
Supaya kita tidak tersalah tafsir tentang keperibadian seseorang insan itu....
 
 
GadisSemasa
 


Wednesday, December 26

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


 Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalk...an beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya
 
 ####################################
 
p/s : Ini sebagai info kepada kita semua taw...Even sy xkahwin lg, sy suka dgr petua2 atau info2 yg bguna dari org2 yg lebih berpengalaman...As long as logik diterima akal & untuk dipraktikkan...selamat beramal & renung2kan...=)
 
 
GadisSemasa

Tuesday, December 11

SELFISH? Perlu ke rs SELFISH?

 
Maafla klau kata2 yg bakal dizahirkan ini
mguris perasaan sesiapa yg membaca...
 
SELFISH
aka
PENTINGKAN DIRI
 
yup...
itu yg akan aku tekankan disini...
seharusnya ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara,
harus diluahkan terus terhadap insan yg berkaitan..
tetapi seandainya luahan itu diibaratkan
seperti mencurah air ke daun keladi...
masalah ini takkan selesai sehingga ke akhirnya....
 
Jadi tidak salahkan untuk meminjamkan
telinga anda untuk seketika....
bagi mendengar & memahami
pendapat yg cuba disampaikan oleh sahabat handai...
Rasanya tidak salah untuk mendengar sesuatu teguran
andai ia dapat memberikan satu kesan positif dalam diri kita...
 
mereka menegur tanda diri kita sebahagian dari kehidupan mereka...
andai kita jatuh, maka jatuhlah mereka....
teguran mereka tidak menandakan
mereka ingin menjatuhkan diri kita....
malah mereka inginkan diri kita bangkit
supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain
yg sewenang-wenangnya mengutuk diri kita...
 
andai teguran-teguran ini
tidak lagi mendapat tempat dalam diri kita
untuk mengubah sesuatu perkara menjadi yang lebih baik...
atau dalam bahasa yg mudah...
kita masih mahukan diri kita ditakuk lama
tanpa sebuah kemajuan untuk membangunkan diri sendiri...
tidak hairanlah sahabat handai kita berubah menjadi lebih mementingkan diri mereka....
tidak ambil kisah dengan pegangan kita yg masih mahukan takuk lama...
 
fikir-fikirkan...
=)
 
 
p/s : teguran untuk diri sendiri juga yg terlalu alpa kadangkala tanpa memikirkan hal sekeliling. semoga kita semua senantiasa dalam rahmat-Nya & diberkati...=)
 
 
 
GadisSemasa